Thursday, December 3, 2009

Salam Perkenalan


Salam...


Segala2nya baru dlm hidup fida!!semua akan berubah selepas ni. kenapa ya???hehe...sebenarnya fida akan berpindah dan seterusnya bermastautin di negeri orang iaitu Taiping, Perak kerana mengikuti suami tercinta di sana. Setelah hampir 1 1/2 tahun hidup berjauhan, akhirnya fida dapat juga menjalani kehidupan sebenar sebagai suami isteri. Walaupun sedih kerana terpaksa meninggalkan kengkawan, kerjaya,keluarga dan segala2nya tapi sedih itu terubat disebabkan suami tercinta akan bersama fida selepas ini...aminn


Hati ini telah jatuh cinta ke "Dunia Kek" sejak awal tahun ini dan sekarang ia menjadi sebahagian hobi dan juga pendapatan sampingan utk fida. Walaupun baru dalam dunia ini, fida sentiasa belajar untuk memantapkan skill untuk kepuasan diri dan juga pelanggan.


Seperti biasa hobi dan kerjaya sampingan ini tetap berjalan seperti biasa selepas ini cuma ia akan bertukar lokasi ke sebelah utara. Sesiapa yang berada di Taiping, Bagan Serai, Kamunting, Parit Buntar dan ingin merasa keenakan kek dan cupcakes dari hasil tangan fida dengan harga yang berpatutan bolehlah membuat tempahan mulai Januari 2010. Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui harga-harga kek dan cupcakes.



1 comment:

zali azali said...

good luck my frends...tompek den jugak kemunting tu...huhuhuhu....