Thursday, December 24, 2009

Gian..ketagih...rindu... itu yang aku rasa!!!!

Salam..

Gian..rindu...teringin...itu yang fida rasa...pasal apa ek??jeng..jeng..jeng...

GIAN da lama tak baking kek dan buat bising kt dapur. 

RINDU da lama xguna oven and tukun2 kesayangan

                                  dan 
TERINGIN sgt nak mkn marble cheese brownies...

Kenapa bole jd cmni ek??huhu...disebabkan baru je memindahkan diri ini ke kg halaman hubby so a bit bz sket la...mcm2 nk kena kemas n etc...huhu.. sebahagian besar tukun2 kek lak da ade kat umah sewa yg bakal kami duduki bln depan..oven, mixer comel dan 2 loyang 8" je yang ade kt rumah MIL....itu yang membuatkan susah banget nak memulakan projek yang fida gian sgt.

Tetiba kelmarin tingin sgt nk mkn kt cheese brownies..(cettt, cam mengidam la pulak)hehe...nak beli kt SR pikir2 cam xberbaloi lak...xkan nk beli 1 slice kan??hubby?MIL?FIL? tengok fida mkn je?? rasanye klu beli 4 slice da boleh beli bahan2 nk wat cheese brownies tu...silap2 ade baki bole beli gula-gula...hehehe...

So pas je abs keje terus beracing p Te Jia kt taiping..belek punya belek harga cheese die mahal btl...cam beli kt GIANT/TESCO lak..huhh...xpe la, TERINGIN,KETAGIH,RINDU punya pasal fida beli gak...sampai je umah terus prepare apa yang patut utk memulakan projek baking...akhirnya selepas 2 jam tung tang tung tang kt dapur,siap jugak MARBLE CHEESE BROWNIES yang ku idam-idamkan...hehe...xsabau punya pasal fida ltk brownies tu bwh kipas..biar cepat sejuk...huhu...(Gelojah kan??hehe)

Nikmat x terhingga bila brownies tu mencecah tekak yang btl2 rindu nak merasa keenakan cheese...hehehhehe....esoknya fida bwk brownies tu p opis..kengkwn opis suma puji dan diorg baru la taw yg fida ni pandai buat kek...apa lagi, peluang xpatut dilepaskan begitu sahaja!!!fida pun promote2 la kt diorg kalau2 teringin nak mkn kek,CC n etc bole la membuat tempahan... my 1st marketing strategic kat taiping.....hehehehehe...

Fida xdpt nak tempek gambo brownies pasal cable camera tertinggal kt rumah klang la plak..huhu...next week blk klang baru nak p amik cable tu...so another week baru la dpt download kt blog..hehe...

sorry!!!!








Thursday, December 3, 2009

Steamed Butter Cream Cakes Collection



Cakes Collection





Cupcakes Collection










Salam Perkenalan


Salam...


Segala2nya baru dlm hidup fida!!semua akan berubah selepas ni. kenapa ya???hehe...sebenarnya fida akan berpindah dan seterusnya bermastautin di negeri orang iaitu Taiping, Perak kerana mengikuti suami tercinta di sana. Setelah hampir 1 1/2 tahun hidup berjauhan, akhirnya fida dapat juga menjalani kehidupan sebenar sebagai suami isteri. Walaupun sedih kerana terpaksa meninggalkan kengkawan, kerjaya,keluarga dan segala2nya tapi sedih itu terubat disebabkan suami tercinta akan bersama fida selepas ini...aminn


Hati ini telah jatuh cinta ke "Dunia Kek" sejak awal tahun ini dan sekarang ia menjadi sebahagian hobi dan juga pendapatan sampingan utk fida. Walaupun baru dalam dunia ini, fida sentiasa belajar untuk memantapkan skill untuk kepuasan diri dan juga pelanggan.


Seperti biasa hobi dan kerjaya sampingan ini tetap berjalan seperti biasa selepas ini cuma ia akan bertukar lokasi ke sebelah utara. Sesiapa yang berada di Taiping, Bagan Serai, Kamunting, Parit Buntar dan ingin merasa keenakan kek dan cupcakes dari hasil tangan fida dengan harga yang berpatutan bolehlah membuat tempahan mulai Januari 2010. Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui harga-harga kek dan cupcakes.